*hati macam tisu*

*hati macam tisu*

*9 Cara Untuk Menjadi Manusia Yang Lebih Baik* :)

Assalamualaikum w.b.t :)

Myra harap korang semua sihat2 belaka dan sentiasa diberkati Allah s.w.t. hendakNya. Amin! Oke, let's make it short laa ye. Kesian korang nanti. Karang tak pasal2 menginap kat hospital. hehe. Hari nie Myra nak share dgn korang semua SEMBILAN cara untuk menjadi manusia yang lebih baik. So jom kite same2 renungkan:

1. KEKUATAN FIKIRAN

Cinta bermula dari fikiran kita. Kita adalah apa yg kita fikirkan. Fikiran yg dipenuhi dgn rasa mencintai akan menimbulkan pengalaman dan hubungan yg berdasarkan oleh rasa cinta. Jika kita mencintai seseorang, kita perlu perhatikan apakah keinginan dan keperluan org tersebut. 

2. KEKUATAN RASA MENGHARGAI

Kita tidak akan rasa mencintai apabila kita TIDAK pernah belajar utuk menghargai orang lain. Pertama sekali, of course kita kena hargai diri kita dulu sebelum kita cuba utk menghargai org lain. Tanyakan pada diri kita, "Kenapa aku mesti hargai diri aku?" Setelah itu, baru lah kita cuba berusaha utk menghargai org di sekeliling kita. Cuba utk menghargai setiap pengorbanan yg pernah dia lakukan utk kita.

3. KEKUATAN MEMBERI

Sekiranya kita ingin mendapatkan cinta, ape yg perlu kita lakukan adalah memberi rasa cinta itu. Jika besar cinta yg kita berikan, semakin besar cinta yg akan kita dapat. Sebelum menjadikannya sebuah hubungan yg serius, JANGAN tanyakan ape yg dia akan beri kepada kita sebaliknya ape yg kita mampu beri kepadanya. Rahsia kebahagiaan di dalam sesuatu perhubungan yg penuh dgn rasa cinta adalah selalu fokus tentang apa yg boleh berikan dan dapatkan.

4. KEKUATAN PERSAHABATAN

Untuk mendapatkan cinta sejati, pertama sekali kita perlukan seorang teman sejati. Cinta tidak akan timbul dari saling menatap mata tetapi bersama-sama menatap ke arah atau tujuan yg sama. Untuk mencintai seseorang sepenuhnya, kita perlu mencintai dia kerana keperibadiannya dan bukan kerana penampilannya. Persahabatan adalah taman di mana sebuah cinta terjalin. Sebelum melahirkan sebuah perhubungan, kita harus membina sebuah persahabatan.

5. KEKUATAN SENTUHAN

Kekuatan sentuhan adalah ekspresi cinta yg paling kuat. Ia dapat memecahkan beban dan menyatukan sesebuah perhubungan. Sentuhan mengubah kenyataan secara fizikal dan emosional kita serta memudahkan kita utk memahami pengertian cinta.

6. KEKUATAN UNTUK MELEPASKAN PERGI

Jika kita mencintai seseorang, lepaskanlah dia pergi. Jika dia adalah milik kita, dia pasti akan kembali. Jika tidak, dia memang bukan milik kita sejak awal lagi. Di dalam percintaan, setiap org memerlukan kebebasan mereka sendiri. Jika kita ingin belajar mencintai, pertama sekali belajar utk memaafkan dan merelakan masa lalu kita cukup memeritkan. Cinta juga bererti melepaskan ketakutan, prasangka dan ego kita. Hari ini sy melepaskan segala ketakutan sy pada masa lalu. Hari ini juga merupakan permulaan kehidupan sy yg baru.

7. KEKUATAN BERKOMUNIKASI

Apabila mencintai seseorang, kita perlu memiliki kekuatan dalam berkomunikasi secara terbuka dan jujur. Biarkan org yg kita cintai tahu bahawa kita sangat mencintai dan menghargainya. JANGAN LAMBAT membiarkan kesempatan memuji seseorang yg sangat kita cinta. Selalu tinggalkan pesanan cinta dan kasih kepada org yg kita cinta sebelum kita tidak sempat utk melakukannya.

8. KEKUATAN KOMITMEN

Dalam sesebuah perhubungan, komitmen adalah sangat penting bg kedua-duanya. Setelah menjalinkan sebuah perhubungan yg suci, komitmen dan pengorbanan amat perlu utk mempertahankan kekuatan cinta kita tanpa mampu dijatuhkan oleh sesiapa melainkan Allah s.w.t.

9. KEKUATAN SALING MEMPERCAYAI

Setiap perhubungan memerlukan kepercayaan antara satu sama lain. Tanpa itu, seseorang bisa menjadi curiga, cemburu, dengki seterusnya boleh menyeksa perasaan seseorang. Kita tidak mampu utk mencintai seseorang sepenuhnya melainkan kepercayaan yang sepenuhnya kita berikan kpd pasangan. Bersikap seperti hubungan kita dan pasangan tidak akan berakhir. Cara utk mengetahui apakah seseorang itu merupakan pasangan yg tepat buat kita adalah dengan bertanya kpd diri sendiri, "apakah aku boleh mempercayai dia sepenuhnya secara terbuka tanpa ada prasangka buruk". Jika jawapannya adalah tidak, maka fikirkan baik2 dan hati2 sebelum melakukan komitmen.


Ye entri kali nie nampak myra berbunga-bunga kann. Of course laa sebab sgt eksaited nk buat entri macam nie. Mudah-mudahan kita semua menjadi manusia yg baik di sisi Allah s.w.t. Amin....


Setelah korang sume dah mengenyangkan mata baca entri atas tu, Myra hidangkan laa dessert utk korang ye :) yeah tepuk tangan cepat !!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

okebye ! :)

No comments:

Post a Comment